Sunday, October 26, 2014

MasterChef ASRAMA 1


siapa kata kat asrama tak boleh masak? siapa kata?

salah tu anak-anak. macam-macam dah aku masak kat asrama *flips hair

disini ada beberapa resepi pelajar asrama, yang aku nak kongsikan. bukan susah pun, senang je! especially yang bebudak duduk hostel universiti lah. budak asrama sekolah menengah, ada antara resepi dia, korang boleh buat, tapi kebanyakan nye tidak kerana memerlukan peralatan elektrik. *barang larangan kot!----jom tengok resepi!

1) Sandwich Sardin MUDAH!(peymes wa cakap sama lu!)

1 tin sardin/mackerel (besar)
1 buku roti panjang
mayonis picit / peket
bawang besar 1 biji
limau kasturi 3-4 biji (limau nipis pun boleh)

cara-cara:
i)   buka tin sardin, asingkan sos dengan ikan sardin. kita nak ikan aje, sos tu nanti buat bau hanyir
ii)  ikan sardin tu, buangkan tulang dia, & hancur-hancurkan.(bole letak sos sardin tu sikit, dalam 1-1 1/2 sudu nak bagi basah). ketepikan.
iii) potong bawang tu halus-halus, ---sebab aku tak suka bawang, taknak nampak waktu makan. campurkan dalam bekas sardin hancur tadi.
iv) 3 biji limau dibelah, tengah dan dibuang biji. perahkan dalam bekas sardin. gaul sebati--selalu aku bau, ada bau masam limau tak, kalau hanyir lagi tambah lagi sebiji (4 biji)
v)   sapu mayonis pada roti -> letak sardin -> sapu mayonis pada roti satu lagi ->kepit!
vi) SIAPP! sedap weyh! ramai dah puji. hikks

p/s: boleh je nak letak cili merah, nak bagi warna kan. tapiii jangan lupa buang biji. elakkan apendiks!


gambar ni je ada. maaflah kawan-kawan. tapi sumpah sedap! ramai puji taw!

Semoga ketemu lagi dalam masterchef asrama~

theend




AKU VS BINATANG

assalamualaikum~~ (gaya upin ipin)

binatang = haiwan = animal

aku suka binatang, suka betul tak tipu. tapiiii, cerita aku dengan binatang selalu berakhir dgn sad ending, sobbss. teringat cerita kecik-kecik dolu

benda ni berlaku waktu aku kecik-kecik dulu. zaman baru nak mengenal dunia.

" pada suatu hari yang cerah, aku tengah sedap minum MILO. minum MILO sambil berdiri (jgn tiru aksi ini, nabi tak suka!) dekat balkoni belakang rumah "

Aku : eyh! banyaknyer semut kat sini, owh ada rumah dia lah.

aku khusyuk perhatikan semut-semut tu. sebelum aku menyedari bahawasanya, mereka sedang sibuk berganding bahu mengumpul sisa-sisa makanan yang dirobek dari rumahku.

Aku : kesiannya korang, penat nak kena kumpul makanan. Takpe, aku boleh tolong!. (azam kuat)

Lantas, apakah yang aku buat?

cawan yang memegang air milo tadi, aku tuang terus ke arah rumah semut tu (sebab dye buat sarang dalam batu). maka bertempiaranlah semut-semut tu lari. sesetengahnya hanyut dibawa air milo tadi. habis semut tu mati.

Aku : ALAMAK! *cabutt

jadiii.. nampak tak kat situ?
niat aku nak tolong jee semut tu. sumpah nak tolong!!. tapi yelah kan. bebudak tahu apa. last2, mati semua semut tu. dari niat konon-konon nak sedekah air milo sedap tu, tak jadi tragedi berdarah pulak. haila haila. nak menyesal pon takde guna.

tahu tak, tiap kali aku cerita pasal ni kat kawan-kawan aku. yelah cerita zaman kanak-kanak sambil mengeteh, mesti dorang gelak guling-guling. T..T.

di sini aku nak tegaskan, niat aku waktu tu nak tolong. TOLONG~

'moga kamu aman di sana wahai semut'

theend




Saturday, October 18, 2014

the DREAM

Assalamualaikum ~

the DREAM?

DREAM = a cherished aspiration, ambition, ideal

dalam bahasa ibunda kita = impian

truthfully, i've started my dream, A dream to the building of an empire  ' SHAKIRAH '. Aku dah mula buat business venture aku sendiri.

apa? hehehe

jajangggg



aku baru je start, A week usia dye ^^, tengok tu followers baru 47 org.
" takpe shakirah, pelan-pelan kayuh "





Well, aku buat instashop aku sendiri, so, to those whom come across this entry, do follow #stylevoe pleaseeeeee

aku jual barang yang aku suka, barang yang aku tak malu mahupun segan nak pakai. hehehe. sebab aku harap orang rasa barang tu cantik, macam mana aku rasa barang tu cantik =)

please pray for my future & my success. Amin!

and tolonggg follow my instagram please?please?please? #stylevoe. u have to search by the tags btw, kalau awak search pakai user, memang tak jumpa. kenapa? jangan tanya, aku pun tak twu.


_theend_