assalamualaikum.
semangat aku ber-blog ni hah. padahal baru balik kerja.
al-maklumlah, busywoman sekarang. ecececece.
okay, tadi waktu dok tengah panas enjin, Allah terbitkan satu rasa dalam hati dan minda ni.
' umur dah 21, macam-macam kerja dah pernah buat, dah tak boleh dah nak balik waktu umur 18 dulu'
say what. now i'm 21--kerja kilang frozen food. student food kan, normal la kilang.
last year i'm 20--practical kat kilang confectioneries and beverages
waktu dulu-dulu umur 18/19--kerja kat fast food. apekedehal semua ade food ni. hehe.
waktu aku sekolah and zaman aku belajar, macam-macam business aku buat. ----jual sticker, jual keropok, jual alat tulis, jual lolipop, jual air, jual keli bakar, jual spageti, jual sandwich, jual maggi, jual tudung, buat printing, buat dedication.
dari umur aku sekecik-kecik 8-9 tahun sampai lah umur aku dah 21 ni.
semua tu bagi aku bukan aje sebagai punca rezeki, tapi bagi aku pengalaman jugak.
and pagi tadi, Allah terbitkan rasa, teringat waktu jalan kaki nak gi restoran fast food tu, teringat perasaan first time datang practical, first time datang kilang, first time nak kena interview, and first day start kerja kat company frozen food ni.teringat semua perasaan tu. and terdetik. ' tinggal perasaan & kenangan je, masa tak boleh nak putar balik'
the things is, pengalaman kerja kat pelbagai tempat ni, jumpa orang pelbagai ragam, keturunan, umur, saiz dan kewarganegaraan *ko jangan main-main dengan aku* ---
bagi aku pengalaman. yang mematangkan diri aku. bila kita kerja dengan orang yang pelbagai golongan dan dari kelas yang berbeza, kita punya fikiran berbeza. logiklah, takkan ko nak pakai fikiran aristokrat cakap dengan orang golongan bawahan kan. be wise.
semua tu bagi aku pengalaman. macam mana nak deal dengan sesuatu, yang aku mungkin tak berpeluang nak jumpa, seandainya aku tak laluinya sendiri.
seriously, aku rasa macam, wah untungnya aku. Allah bagi peluang aku belajar melalui cara yang macam ni. melalui pengalaman hidup yang boleh aku cerita kat kengkawan aku nanti.
bukan semua orang dapat peluang bekerja dengan foreigner like nepali and bangladeshi ni. *aku google, jangan risau, aku tak twu pon terms nie. =p*
bukan semua orang nak kerja tulang empat kerat kat kilang. *tak glamer katanyer, haktuihh*
bukan semua budak-budak nak meniaga.
oleh itu, alhamdulillah and thank you Allah.
nasihat aku, kalau dah takde kerja tu, pergilah cari kerja, amik upah pun jadilah. because ---
" with experiences, comes maturity "
p/s: aku tak tahu lah korang jumpa ke tak kaitan antara title dengan post ni. maklumlah, orang yang post ni, mata dia dah nak terpejam je ni rasa. >..<
No comments:
Post a Comment